03 November 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 & Birthday Gee

Hari ni pepagi lagi ade bengkel kat Makmal Fizik Moden. Memula aku lupe ye lah dah 3 hari ade kursus Ënglish For Work". Masuk opis petang tu Nazri ucapkan tahniah. Memula cuak gak. Ingat naik pangkat ke? kih..kih..kih rupe nyer dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008. Syukur sgt tahun ni mmg rezeki aku murah. Dengan Kahwin tahun ni. Dpt duit KWSP tahun ni. Alhamdullilah. Call hubby dia mintak belanje. Hehehhe

Petang ni nak smbt b'day Gee adik ipar aku. Sukri mintak tlg aku belikan pizza dan kek so kena balik sharp la. Sbb aku jugak yang kena masak malam. Hehehhehe. Lepas belikan kek fav (blueberry cheese cake) aku pon pergi la ke pizza hut. Belikan Pizzza supreme chicken. Nak prank Gee dalam jam 6.30 ptg. Tunggu punye tunggu tak smpi-smpi lagi so aku mintak adik call dia tanya kat mana. Dalam 7.15 baru smpi. So, mmg suprise la dia. Muka dia merah sgt. Aku dan Nizar belikan kain wat baju pasang. Esok aku letakkan gambo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan