26 Oktober 2009

Majlis Perkahwinan Ajis (BSM)

Malam tadi adik balik Malim Nawar. Aku dengan hubby jer dok umah dia. Pagi buatkan sarapan untuk dia sbb dia dah lama mintak nasi goreng kampung. Aku masakkan dgn ikan masin sepat so, mmg sedap sgt. Hehhehe tapi aku wat mmg cukup2 satu pinggan. Kena diet la plak.

T/hari tu plak makan kat kenduri Ajis (BSM) ingat aku pi lambat dapat la tgk pengantin. Rupa nye masa aku smpi pengantin tak smpi lagi. Ada janji dgn tuan umah sewa nak tgk umah. So, kena balik awal. Jmpa tuan rumah bersetuju nak sewa umah tu. RM280 sebulan lagi pun dia dah cat cantek.

Lepas Maghrib hubby balik ke Shah Alam. Bekalkan bihun goreng je. Sbb abg munir ajak singgah umah dia abg long ada kat sana. Rindu sangat kat hubby.

20 Oktober 2009

Sebab Musabab Muka Kak Ude Pucat

Kan aku penah ckp masa kami smpi ke umah Ude muka dia nampak pucat sgt. Macam ni story nyer. Hari tu abg latip ajak dia keluar jalan2. Kak ude letih sgt dia ckp la "bang kita tunggu la manja dgn sukri sok"
"Hari ni je lah hari terakhir awak nak berjalan dgn saya" jwb abg latip. Mana tak pucat muka kak uda. Sepanjang malam tu dia tak tido asyik tgk abg latip nyer dada bernafas atau tidak. Kesian lak bila sok nyer ude crite kat kami. Masa tu abg latip dalam bilik tgh tido dia crite la serba sedikit mende tu.

Menitik air mata aku bila dia ckp macam tu. Pastu abg latip bleh ckp "Awak jgn tinggal saya ye, dalam dunia ni ada awak sorang jer" ude yang kuat tu bleh menangis beria-ia. Apahal pun aku harap ude tabah dalam menghadapi hidup ini.
Aku tahu uda mmg tabah sbb masa mak dgn abah meninggal dia beri kekuatan pada kami adik beradik.

Lawatan Umah Kak Uda

Misha dan mirrah selepas kenyang menikmati makanan tu yang rupe macam tu


Pasemboq yang mmg lazat. Tau tak sepinggan brape? RM42

Semua ada masa ni. Hehehhe comel tak muka berminyak masing-masing


Salam.

Kali ni aku nak story pasal lawatan kami ke umah ude. Nak tgk abg latip. Malam Jumaat (16 oktober 2009) kami bertolak lepas maghrib pastu ambik misha kat kg. Dia nak ikut jgk. Mmg plan along ngan alang pon nak ikut tapi last minit depa cansel plak. Abg cu bagi pinjam kete dia. So kami lenjan keta dia. Hehehe

Sampai umah ude dalam jam 12.30 malam. Terkejut gak tgk muka kak ude pucat semacam. Tanya kenapa. Dia ckp mana ade. Abg Latip pon tggu kami.

Pagi esok nyer sarapan kat Kuala Muda tepi pantai. Kami pon pelik abg latip nampak sihat jer cuma dia tak boleh berjalan banyak sbb dia cepat letih.
Dirrah berposing setelah letih makan sepinggan nasi kandar. Itu pon nak tambah lagi tapi kena marah dgn Ude.

Tgk muka abg tu. Dia tak nak bergambo tapi kena pakse dgn ayang. Hahaha.Masa ni sarapan kat Kuala Muda.
Lepas tu kami semua makan laksa kat Penaga. sedap smpi menjilat jari memula nak kongsi pastu satu pinggan pon tak cukup.

16 Oktober 2009

Percutian sambil melawat abang ipar

Tak sabar nak tanggu jam 5 hari ini. Abg sya balik ke tg. malim. Hehehe terlepas rindu. Moga dia selamat sampai. Lepas maghrib kami semua nak bertolak ke Penang. Rase tak de mood nak keje. Tapi dah tugas kuatkan semangat. Kalo ikut hati mmg malas.

Jam 3.00 ptg ni ada Jamuan Raya dan Sambutan Hari Lahir bagi PEWARIS. Rase macam nak join tapi malas nanti jadi isu lak. Petang ni giliran aku jaga kaunter. Heheheh so kena bertugas la. Tgk la aku lari-lari turun bawah masa makan kot. Alih-alih aku ttp opis turun makan sbb tanya Sarah dia kata ade pelepasan. Petang ni jgk Dr. Burn ajak pi umah dia. Dia wat Jamuan Raya lepas keje. Pegi kot sbb masa aku kawen kejap je jumpa aunty. Dia ada ckp dtg la umah bwk suami. Tapi sbbkan kami ni PJJ so susah la nak curi masa tu. Insyaallah Dr. petang ni saya bwk abg syg jaja.

Tercapai jugak hasrat bawak hubby ke umah Dr. Burn. Masa smpi Prof. Rosly, Dr. Razak, Wirat, Fauzi, En. Nasir ada. Rupanya En. Nasir jiran pada dr. burn. Hhehhehe Wat malu je sbb en. nasir suruh teka umah dia mana satu aku ckp lorong ujung. Salah. Perkenalkan suami pada semua staff. Nasib hubby walau diam tapi dia reti nak bwk diri. Ingat dia memalu

15 Oktober 2009

Sambutan raya di UPSI

Semalam ada sambutan raya di UPSI. Semua PtJ terlibat. Best sgt jmpa kawan-kawan lama. Yang tak best nyer ade yang tanya ade isi ke?
Badan nampak naik sgt. Huhuhu macam mana tu. Mmg lepas kawen ni berat badan makin bertambah. Nak wat macam mana. Ujung mggu la baru aku nak masak untuk dia. Tapi dah 2 minggu tak jmpa. Rindu sgt. Dia sibuk sgt keje.

Masuk opis lepas jamuan tu kena perli. Mmg aku jaga kaunter ptg tapi masa depa pi kursus sape jaga. Ha jawab. Depa berkira aku pon kena berkira. Takkan nak org tindas kita. Aku pon tak paham la nape nak cari pasal. Dah ok macam ni pastu nak gadoh2 balik

Aku bawakkan sket lemang dgn gado2 untuk gee. Dia pose kesian lak.

12 Oktober 2009

Sabtu 10 Oktober 2009

Sabtu lepas kat UPSI ada Konvensyen Ekspo Astronomi (KEA2009) tapi aku tak dapat join. Dah lama mende ni plan tapi tertanggguh sebab H1N1. So, Alhamdullillah jadi jgk pada hari ini. Semua adik-bradik ipar duai kumpul di umah Alang kecuali uda dgn kak ida. Wat kenduri kesyukuran sedikit. Abg Latif dah beransur pulih. Dia dah sihat dan tunggu masa nak wat pembedahan jer di IJN. Aku bila pikirkan balik mmg sedih dgn apa yang uda lalui. Ye lah nak jaga abg latif nak jaga anak lagi.

Insyaallah minggu depan hari Jumaat aku dan hubby serta adik, alang, abg cu dan angah sekeluarga akan melawat abg latif di Penang. Best nyer tak sabar nak jmpa uda. Dah lama tak jmpa. Last aku jmpa ude masa hari raya ke 4. Lepas tu aku dikejutkan dgn berita pada 25 September 2009. Kak uda kata abg latif masuk ICU. Mmg serius la jgk sbb serangan jantung. Jantung dia tak bleh berfungsi dengan elok. Boleh guna 1/3 jer.

Sedih jgk sbb lepas mak dgn abah meninggal aku dok dgn uda sekeluarga. Mmg lama la jgk dia jaga kak ida, aku dgn adik. Ude ni anak yang ke-3 anak pompuan sulung la kira nyer.