Kehidupan ini berbagai ragam yang kita akan temui untuk mewarnai hidup kita. Sama ada duka, derita, sedih, sengsara gembira, manis dan tertawa kita kena fikirkan hadapi dengan positif. Tanpa semua itu tak bermaknalah hidup ini.
08 Ogos 2012
Anak dara ku dah besor
Kali ni nak en3 pasal dak ni. Hehehhehe dah besar dah dia kan. Macam macam dah dia nyer peel kekadang sampai tak larat nak layan. Rase macam sekejap jer dia dah besar. nak crite pasal cara amalan aku supaya anak tak keras hati. Aku bukan la ibu yang terbaik untuk mendidik tapi ada beberapa perkara yang aku amalkan supaya budak tak degil. Setiap kali nak tidur aku akan baca 3 kali ayat kursi hembus diubun-ubun nyer. Itu jer aku amalkan sambil berdoa kepada ALLAH moga hati anak aku ini lembut dan mahu mendengar kata.
Smalam mmg aku teramat marah sgt dengan arissa smpi berbekas aku cubit. Bayangkan nak berbuka baru jer mula azan. Sibuk la aku menuang air dia pon sibuk nak mengambil jag kat tangan aku. Habis tertumpah satu jug air. Akhirnyer berbuka dengan air masak jer.
Abah dia pon tak boleh nak cakap ape. Hai Arissa sory la smalam mama mmg marah sgt tu yg tercubit kuat. Ye la dah la nak berbuka ko lak wat hal.Lepas dari tu dia majuk dgn aku. Nenen pon tak nak. Rupa nyer dah ade hati gak dia. Maksud nyer tersentuh. Pastu aku pon pasang lagu Upin dan Ipin terus dia dtg dekat. Hehhehe apa lagi tangkap dan terus geletek dia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan