22 Disember 2009

XTVT Cuti Awal Muharam

Cuti 3 hari baru ni program aku pack. Huhuhu. My hubby balik 18/12/2009 tu. Pagi tu aku kemas umah sewa yang kami nak duduk. Nasib ade adik gee dgn e tlg serba sedikit. Lepas tu aku masak t/hari Gulai lemak ikan kembung panggang. Lama dah adik mintak. So aku masakkan lah utk dia. Laju jer dia makan. Ptg tu balik umah mak mertua kat malim nawar. Sepanjang jalan hujan dengan lebat nyer sampai umah mak dalam jam 7.15 ptg. Malam tu ajak mak pi TESCO beli barang dapur. Singgah kedai mamak depan TESCO makan roti canai.

19/12/2009
Hari ni depan umah mak ade kenduri. Dah nikah sebelum raya pose lagi baru nak wat kenduri. Aku masakkan tomyam untuk hubby dah lama dia mintak baru nak masak. Dah letih masak malas lak rase nyer nak pi. So, hubby pegi dgn anak sedara dia. Balik tgk dia bawak beg nutrimetic. So, dia ckp rugi aku tak pi sbb dia bagi pompuan beg uncang. Mak mertua ajak beria2 malas la aku nak pi sbb 'tentera' BIL ramai dah la wife dia jenis bior jer.

20/12/2009
Tak pi mana2 hari ni. Kait rambutan nak bwk balik TM. So byk la jugak dapat nyer smpi patah abah punye galah. Malas nak balik cepat tapi hubby kena masuk keje pagi sok. Balik lepas lunch. Byk barang mak bagi bawak bekal. Tn.umah sewa dtg nasib ade adik dia yang layan. Dia tanya almarilah, cerminlah, gambar2 di US yang dia beli semua ti mmg tak ade masa aku kemas umah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan