02 November 2012

Penghantaran cheese tart

                                                    
ALHAMDULLILAH YA ALLAH.
Sesiapa yang berminat sila la call Tart and Cupcake JARIAH
bukan tart jer kek/ muffin dan macam2 lagi
0133652900

SENTAP KE KAK???

Ni crite bukan pasal aku tapi pasal sikap kebudak-budakkan member aku. Korang pikir la ade ke org kecik hati pasal makan. Kat unit aku ni ade 3 orang Pekerja Sambilan Harian (PSH) so diaorang bertanggung jawab untuk men'digital'kan buku service.

Dah masuk bulan ke-2 diorg pon ade la pasang niat nak belanje kitaorg di unit ni. So diaorg pon invite unit KAMI JER. Kat sini ade 2 unit dan 2 org ketua kerani. Jemput pon kat opis depa. So aku sebagai org tengah war-warkan pada kawan-kawan yg lain. Masalah nyer ade la sorang staf ni dia tak bleh terima sbb tak dijemput. Bleh plak tarik muncung berdepa-depa dengan unit kitaorang. Padahal bila aku war-warkan nak wat potluk dia org paling last bagi menu nak bawa. Nak untongkan sbb kalo yg ujung-ujung confirm dish yg mudah.

Pelik aku kalo ade manusia macam ni. Kire macam kalo makan free laju jer ko ye KAK tapi kalo yg mengeluarkan duit ko mula la wat bodo jer. Malu ler sikit. Lain la kalo ade org mmg wiling nak blanje. Memula aku masuk sini mmg aku tak paham nape ade macam klik2 kat sini. Tapi bila dah lama kerja sini baru aku paham sebab ade manusia yang macam ni. Jenis sikit2 nak sentap bila tak men'untung'kan dia. Pastu biler berbelanja bleh plak berkira. Ye lah berkira nak mengeluarkan duit poket sendiri tapi bile free selamba lak makan nyer. Lagi mengherankan aku semua yg dia punye muncung sedepa tu melibatkan makanan means isu santap bukan sentap.

Akak ni jgk penah sama-sama pi kursus dgn aku di Penang. Biase la kalo dah makan kat hotel. Memacam ade. Masa disana dia dok dengan suami dia. Time makan semeja dgn aku punya lah dia nak control makan. Pelik gak aku dengan member ni. Bukan ape selalu dia kalo beli minum ptg kiri-kanan pisang tu dia cekau nyer. Macam dia cover-cover cara makanan dan pemakanan yg dia ambil semasa diPenang. Ingat aku sorang je perasan rupa nyer ade 2 tiga org yg perasan peel dia macam tu.

So nasihat aku pada kawan-kawan mau pon akak tu jgn la ko nak ambik hati sgt kalo bab2 makan ni. Bukan ape ko bleh beli la makanan tu. Jangan ingat semua org nak jaga hati ko jer. Hati org ko tau plak calarkan biler kluarkan kata-kata macam ni :

" Ala sebelum ni mana ade nak wat potluk tapi sejak ko masuk sibuk-sibuk nak wat potluck. Ape kata ko wat kat Unit .................... jer" itu blom lagi wat kat unit aku jer ko dah sentap sampai berminggu-minggu.

" ko yang pandai-pandai rancang so ko la kena masak main dish" isk isk isk pelik sampai 1 tahap dia siap ambik cuti sbb tak nak join potluk.

So skang ni masing-masing wat cara masing-masing tak kan sebab dia tak bleh plak nak berbelanje kawan-kawan. Nak makan ramai-ramai.  Tah sampai bila aku tak pasti. Moga satu hari dia akan sedar.

19 Oktober 2012

Cheeseeee Tart


SESIAPA BERMINAT BOLEH CONTACT AKU ATAU AKAK AKU JARIAH 019-6666942/ 0133652900

18 Oktober 2012

Masakan Makanan Makan LAH .....

Ni menu org rajin yer.... Hahaha dah lama tak makan Pecal so cik Hubby mintak ler.

So watkan ler ni pecal sotong dgn fish cake.
yang ni lauk dan sayur nyer lebih. Mmg sedap
bertambah nasi cik abg. Wat nyer pon senang jer.

Bahan-bahan:

Seikat Kangkung
Kacang panjang
Tauhu
Tempe
Sengkuang
Timun
Sotong digoreng tepung
Fish cake di celur

Bahan kuah kacang:

Kacang tanah
Gula merah
Bawang besar
Bawang putih
Air Asam jawa
Serai
Sedikit halia

Memang puas hati biler
dapat buat. Sedap Arissa pon suke makan sotong dengan tempe. Meratah dia.
 



17 Oktober 2012

PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN ORGANISASI TU MUNDUR PART II

4) Bila cadangan di"sampah"kan. Korang pon biasekan bile bagi cadangan tapi bukan nak membaiki cadangan tu tapi pikir negetif jer. Ayat biase kita dgr dgn situasi ni " Kalo kita laksanakan bukan akan menambahkan kerja ke? So sistem yang ade kita guna pakai jer. Sbb susah ler keja yg ade pon tak terhabissss"... Apekahhhhh. Masih suka dok takuk lama. Kalo macam tu ape guna ko wat lawatan sana sini bukan nak kongsi ilmu ker? Kalo kongsi ilmu mesti ko pon akan cube perbaiki kelemahan yang ade selama ini.

5) Sikap ambil tak peduli. Ayat biase ler  "Tu bkn keja unit ........ rase nyer le tak sangkut paut dgn kita pon. Ala dema mmg nak refer semua dkt kita tau la kita wat ............ tapi jgn anggap semua kita tau." Ape salah nyer ko tolong. Tak luak mana pon tak pon ko ckp elok2 kena refer ke unit tu. Mudah je kan sbb takut maklumat tak sampai. Ni bukan ko menyibuk tapi kena bagi maklumat yg tepat dan membantu. Kalo kerja tu ade link dgn ko mmg ko kena cuba dptkan maklumat yer.

6) Malas bertanya ko ambik cuti dan masa ko cuti ade org gantikan kerja ko tapi ko tak sure keja tu dah bereh ke blom. Ni yang masalah nyer biler malas tanya. Keja tu jadi pending sehingga berbangkit atau ade yg bertanya. Ko dah tau ko cuti ke MC ke lama ke kejap ke ko kena la ambik tahu ape keja ko pending. Aku cukup tak suke dengan org yg macam ni. Dah la ckp tak reti nak berterima kasih pastu tarik muke sehabis mungkin. Huhuhu aku selalu kena lagu ni


16 Oktober 2012

S.M.I.L.E

 
Suker sgt buku ni mmg memberikan aku motivasi.
Dalam kehidupan seharian mahu pon  pekerjaan.
Aku cadangkan sesiapa yang suke membaca jadikan Koleksi

28 September 2012

TGK JE LA...........................






Perkara-perkara yang Menyebabkan Organisasi tu Mundur

N3 kali ni bukan nak berceramah  ke ape cuma nak story pasal pemerhatian aku la tentang perkara-perkara tersebut. Kalo korang setuju angkat tangan...... hehehhehe.

Tapi mesti ramai yang terkulat-kulat depan PC korang Biler bace N3 aku sambil anguk2 kepala maksud nyer bersetuju dgn akukan?

Pertama  : Bila ramai klick (berpuak-puak) kenapa bleh macam tu? Kita ni sama je so kena la paham antara 1 sama lain. Mmg la peel lain-lain tapi setiap orang mesti ade kebaikan. Takkan la semua yang ko nampak burok jer tentang dia. Jenis plak klik yang merosakkan maksud nyer kalo ko gado dgn org tu ko ajak lak klik ko subahat tak nak kawan gak. Mende ni penah jadi kat aku sendiri. Masa zaman dolu-dolu skang ni kat tmpt baru mmg enjoyyy.

Kedua : Bila wujudnyer perkataan KEPIMPINAN BUKAN NAK BAGI TELADAN. Ni kes yang org cakap tak serupa bikin. Aku tahu setiap manusia bukan sempurna tapi kena la bagi contoh yang baik tambah ko dok kat organisasi yang menjadi rujukan dan perhatian staf lain. Biase nyer semua sibuk nak lepas diri. Bila cakap bukan bagus kena berkumpul on time kalo tak bus jalan yek. TAPI sok nyer nan hado dia yang lambat bukan kejab lambat nyer 1/2 jam hocckay. Aku benci org macam ni sbb wat org lain tertunggu2. Pastu kalo ko jadi 'conduct' untuk even tu ko kena la ade smpi sudah majlis ni tetibe ko dah appear. Sakit hati btol.

Ketiga : Anda berade di ZON SELESA. Mmg kita syok dgn keja kita maksud aku keseronokan ditempat kerja. Tapi kita jgn selesa bila kerja dibahagian ko, ko bleh plak suruh unit tu yg refer dengan JPA. Kena belajar la bace pekeliling sbb melibatkan kakitangan awam. Walau org tu tahu keja dia tapi tidak bermakna kerja tu tak link dgn ko. Ade paham contoh bila tugas tu mmg ko yang sanggup ambik dan ade pon dalam fail meja ko. Bleh la belajo setahun dua tahun ko tanya org tak marah tapi kalo org yang baru masuk pon ko refer lagi mende yang sama dengan alasan ko malas berfikir, catit atau sebagai nyer tak tau la nak cakap macam mana.


STOPPPPPP dulu nanti aku sambung ek...................

21 September 2012

JANGAN SALAH PAHAM



Setiap manusia kekadang lalai dan mudah melakukan kesilapan.
Kadang kita rase ape yang kita buat tak salah tapi pandangan orang salah.
Jadi tak salah jika ade yang sanggup membimbing atau menegur. 
Jangan kita cakap org tu menyibuk pulak.

So, kita kena terima kelebihan dan KEKURANGAN diri kita.
Jangan tahu nak tunding jari jer.

PEACE NO WAR...... 

16 Ogos 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011

Firstly nak ucapkan tahniah pada diri sendiri sebab
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


dilantik sebagai AJK kecik penyambut tetamu semasa APC. Hehehhehe. Aku paling suker event ni selain konvokesyen. Bukan sebab ape masa ni ler nak tak muka org2 'Happy'. Nak wish utk staf BSM sendiri :

1) Pinyky lady aka Wiena
2) Ieda Lofa aka Faridah
3) Ridzman
 4) Cik Zura dan

ptj lama aku FST aka FSMt (setelah dijenamakan)
 1) Kak As @ ASmah Amin
 2) Zurin
 3) Farina oi
4) Hayani

 ramai lah yg dpt semua ade 125 org. TAHNIAH (teringat zaman awok dpt dedulu) hehehhehe

10 Ogos 2012

Ko Pon Tahu Itu Peraturan

Hangin aku pepagi ni. Ada sorang staf LELAKI berurusan di kaunter BSM.
Dengan rambut panjang dan berikat berurusan dgn aku.
So, dgn sehabis elok nyer aku ckp : "dik maaf la akak nak tegur ni, ikot peraturan kakitangan awam tak boleh berambut panjang,
So akak harap adik potong ye rambut," Staf tu pon dgn sopan nyer menjawab. " ye kak saya tahu, nanti saya potong yek'.
 Fine dia pon tak marah - marah aku.

 Tapi yang menampakkan kebodohan dan bangsa jenis tak paham bahasa ini satu staf tu di bleh jawab " La menyibuk nyer kak jaja ni, biaq pi la dia nak rambut macam mana, sibuk jaga tepi kain org".

Bodo piang punya budak bleh ko ckp macam tu. Itu peraturan kalo ko pon tak tahu nak ikot peraturan mmg aku rase aku paham sbb ko hari2 mai opis pon lewat. theeh thee

08 Ogos 2012

Anak dara ku dah besor

Kali ni nak en3 pasal dak ni. Hehehhehe dah besar dah dia kan. Macam macam dah dia nyer peel kekadang sampai tak larat nak layan. Rase macam sekejap jer dia dah besar. nak crite pasal cara amalan aku supaya anak tak keras hati. Aku bukan la ibu yang terbaik untuk mendidik tapi ada beberapa perkara yang aku amalkan supaya budak tak degil. Setiap kali nak tidur aku akan baca 3 kali ayat kursi hembus diubun-ubun nyer. Itu jer aku amalkan sambil berdoa kepada ALLAH moga hati anak aku ini lembut dan mahu mendengar kata. Smalam mmg aku teramat marah sgt dengan arissa smpi berbekas aku cubit. Bayangkan nak berbuka baru jer mula azan. Sibuk la aku menuang air dia pon sibuk nak mengambil jag kat tangan aku. Habis tertumpah satu jug air. Akhirnyer berbuka dengan air masak jer. Abah dia pon tak boleh nak cakap ape. Hai Arissa sory la smalam mama mmg marah sgt tu yg tercubit kuat. Ye la dah la nak berbuka ko lak wat hal.Lepas dari tu dia majuk dgn aku. Nenen pon tak nak. Rupa nyer dah ade hati gak dia. Maksud nyer tersentuh. Pastu aku pon pasang lagu Upin dan Ipin terus dia dtg dekat. Hehhehe apa lagi tangkap dan terus geletek dia.

10 Januari 2012

Ingat tak kes ni....

Korang ingat tak aku story pasal member aku ni :
http://jaja-nizar.blogspot.com/2011/11/ade-member-soal-dan-aku-jawab.html

Skang sah dema berdua dah cerai. Masa dia bagi tahu aku tu kesian sgt sbb dah la dia tak ade keje tetap. Dia kata lepas ni mungkin dia balik Kuala dok dgn family dia. aku mampu berkongsi kesedihan dan kesengsaraan dia. ALASAN suami dia









Dia ade org lain dan org tu bekerjaya.( HAMPESSSS nye jantan)

SBPA oh SBPA

Huk huk huk sepanjang musim SBPA ni asyik berkampung je kat opis.
Keje bukan main byk.
Dgn org nak yang cuti belajar kena email.
Dengan staf yang ada nak bertaya sbb menda ni mmg kalo kita tak laksana kita tak paham sgt.
Tapi aku tau ramai org akan jawab ala dah keja ko kalo tak tak kan kerajaan bayar gaji ko.
Mmg la keja tu keja aku. Tapi kalo ramai yg beri kerjasama kan mudah.
Keja pon boleh cepat siap. Gaji pon bleh cepat byar. Hahahahah Part ni akau tau ramai yg suke.

Apehal nak sambung keje. Chow.