09 Disember 2009

Pengotor btol la pompuan ni.

Korang baca tajuk En3 mesti pelikkan. Ni aku nak story kat opis aku bangunan BC ni tandas yang berhampiran BHKA (Bahagian Hubungan Koperat dan Antarabangsa)Tingkat 1, slalu kotor. Smalam macam biase la aku masuk tandas nak lepaskan hajat. Masuk-masuk mmg tak ade org lain dalam tandas tu tapi aku mmg fav. kat tandas yang 'bilik tengah' tu. Nama pon tandas pompuan kan? Tu tajuk aku macam tu.

Masuk2 tgk taik bersepah. Masuk ni dah 3 kali aku kena macam tu. Pengotor la weiiiiii. Buang taik tak reti cuci. Aku kluar balik terus muntah. Kluar abis isi perut. Last-last aku naik tandas tingkat 2 elok je bersih. Cari clener (Kak Ha) dia ckp baru je cuci tak tau la sape merebas tak tau nak cuci. Masalah aku kata dia flash tak kan tak tgk blakang taik yang bersepah tu. Menggong tulll.

p.s lain kali kalo dah 'membuang' sebelum kluar check la mangkuk tandas tu. Ada paham. Jangan jadi pengotor nak org lain cucikan

07 Disember 2009

Kahwin...Kahwin...Kahwin









5/12/2009 (Sabtu)

Hari ni semua berkumpul nak konvoi ramai-ramai ke umah Pak Pit (Adik arwah abah)di Teluk Intan. Kumpul kat Bidor umah angah. Terima kasih tuan umah sbb sediakan nasi kerabu dan laksam yang sedap itu cuma tak sedap nyer Masa tengah makan ade bau (IBAB) terbalik kan baca tu. Hahhahah so aku pon terus la letak pinggan basuh tangan. Sedih nyer dalam ramai2 hubby I tak dpt join sbb keje. So minggu ni tak jmpa hubby ler.

Sampai umah pengantin jam 11 pagi. Awal siot. Warna tema oren. Tapi dapat snap pegantin lelaki je sbb masa nak balik diaorg baru sampa. Tu antara gambo yang aku snap. PAstu kami pon gerak pi umah mertua kak ida di Sungai Samak. Adik abg Zahir kawen. Sampai dalam jam 12.30 t/hari. Mak abg Zahir suka sgt tgk kami dtg. Mmg masa bersalam tu kami beratur panjang. Pengantin nyer pakai hijau pucuk pisang. Cute je sebab dua2 kecik.

Sampai umah dalam jam 4 ptg. Sbb jalan nak balik ke tg.malim dari sg. samak mmg mencabar. Heran btol jalan macam tu. BN tak wat keje ke?
HAHAHAHHAHAH

AhAd aku dapat kunci umah. Yahooooo......

tapi nak cuci nyer esok kot.

ICTLHE 2009

Mende ni mmg dah lama berlangsung di Hotel Legend (22 - 25/11/2009). Bak kata mmg macam Hampeh. Cuma apa yang aku nak story kebenaran crite yang berlaku disana. Sbb ade sorang yang perasan Queen ni ckp sbb mulut laser dia aku balik tgh2 malam. Silap la kalo ko nye mulut mmg leh kluar api pon aku tak heran sbb aku tau cara keje korang yang macam hampeh tu.

AKU BALIK MALAM TU SEBAB TAK ADE TEMPAT PENGINAPAN. PELIKKAN. Macam ni aku diminta untuk stay sampai 24/11/2009. So aku pon semangat la pi sana. Nak buat Keje Bukan nak pi Shopping walau pun dEKAT DENGAN THE Mall(ade sesetengah staff macam tu kot)Sampai sana aku share bilik dgn Sarah patut nye dengan siti Sara (Bendahari) mmg masa tu aku dah rase macam ade je tak kena. Masa tu aku dah ckp kalo aku tak stay sampai 24/11 pada hari 23/11 aku balik sbb aku tak bleh drive malam.

So memula ade la 3 org (yang sepatutnya balik pada malam lepas perasmian) 23/11/2009 ni ckp balik mlam tu jugak bila tibe masa nyer dia bleh call cakap tak nak balik sbb ade bilik. Jawapan aku tak puashati "abis kak jaja ke balik" dgn tak bersalah nyer dia jawab "balik la....". Mana masa t/hari 23 tu kena marah oleh AR yang perasan QUEEN tu, padahal bukan salah aku. Mmg benggang la cara pengurusan depa. Malam 23/11/2009 tu jgk aku call hubby dan balik. So kena la bagi tau org atas. Tak kan nak blah macam tu. So aku pon sms TDPSP dia dtg bilik bila dgr aku nangis2 tu. So aku tak story ape2 sebab hubby dah tunggu kat bawah. So, kalo sbb ko t/hari 23/11 tu aku dah berambus QUEEN sbb mulut ko mmg macam S.Y.L.

SBB KAN AKU BALIK MACAM2 LAK CRITE AKU DGR. AR YANG PERASAN QUEEN TU MACAM BAGUS SURUH KAK SARA (BENDAHARI) KIRIM SALAM CAKAP NANTI BALIK NAK JUMPA LA. DAH KENA MARAH DGN TDPSP. SO NAK NAMPAK SUCI BUAT LA MACAM TU. HAMPESSSSS OK LA ADE MASA AKU LOAD GAMBO. CHOWWWWW

11 November 2009

Tolong Komen Sket

ASSALAMUALAIKUM
INI SAYA PEROLEHI DARI SEORANG RAKAN.. MOHON BACA DAN FAHAMI
Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram.
Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat..

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang
sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk
sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/
hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.

Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada
jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan.

Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC

Insyallah dan wallahualam.


INI KES YANG KEDUA..

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la..... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat
offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.

Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia
diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan,
satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan.. Perempuan
sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.)
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu
malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.

Sudahlah mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai?
Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm.....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani
latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah ini..

Kita dapat lihat anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan
semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk
menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu
dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.

Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat
sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging,

Sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya,



'Setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka '


MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA
TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT..

Wassalam.

'Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam
jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan
engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu..'




============ ========= ========= ====
MUHAMMAD AZIZI MUHAMMAD HASBULLAH
Pembantu Farmasi
Unit Kesihatan
Universiti Teknologi MARA Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu, Sabah
Phone : +6088-325286
Fax : +6088-325285
E-mail : muham133@sabah. uitm.edu. my

09 November 2009

Cari Umah Sewa

Hubby I nak pindah tg. malim. Yahooo... best giler sgt. Tapi masalah nak cari umah sewa la plak. Aku memula ade risik2 dkt kak ti (kimia)ok umah tu depan masjid Ulu Bernam lagi. Tapi umah tu 2 tingkat hubby ckp takot abah susah nak naik tangga plak. Btol jugak.

Pastu ptg abg cu dtg smbg dgn hubby dia kata dak Proton tepi umah dia nak pindah ujung bulan ni. Nizar mmg dah suke sgt umah tu. Dia mintak abg cu berurusan dgn tuan umah tu. Aku bersyukur sgt sbb dapat tinggal skali dgn hubby. Sbb masa dia tak ade aku tmpg umah adik.

APC 2008






6 November 2009

03 November 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 & Birthday Gee

Hari ni pepagi lagi ade bengkel kat Makmal Fizik Moden. Memula aku lupe ye lah dah 3 hari ade kursus Ënglish For Work". Masuk opis petang tu Nazri ucapkan tahniah. Memula cuak gak. Ingat naik pangkat ke? kih..kih..kih rupe nyer dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008. Syukur sgt tahun ni mmg rezeki aku murah. Dengan Kahwin tahun ni. Dpt duit KWSP tahun ni. Alhamdullilah. Call hubby dia mintak belanje. Hehehhe

Petang ni nak smbt b'day Gee adik ipar aku. Sukri mintak tlg aku belikan pizza dan kek so kena balik sharp la. Sbb aku jugak yang kena masak malam. Hehehhehe. Lepas belikan kek fav (blueberry cheese cake) aku pon pergi la ke pizza hut. Belikan Pizzza supreme chicken. Nak prank Gee dalam jam 6.30 ptg. Tunggu punye tunggu tak smpi-smpi lagi so aku mintak adik call dia tanya kat mana. Dalam 7.15 baru smpi. So, mmg suprise la dia. Muka dia merah sgt. Aku dan Nizar belikan kain wat baju pasang. Esok aku letakkan gambo.