30 November 2011

Ade member soal dan Aku jawab.


Soalan nyer Ms Y.N.... : Suami dia ni memula kawen dulu bukan main caring nyer. Skang ni dia pelik suami dia asyik marah2 jer tambahan sejak dpt anak yang ke-2 diaorg. Aku rase aku dah layan dia cukup bagus dah tapi kenapa sikap dia macam tu? Memula aku pon pelik bila aku balik sini lepas pantang dia asyik cari salah aku jer. Bila aku cuba bawak berbincang dia cuba mengelakkan diri.

Mmg aku tak pandai nasihat dan aku pon baru jer nak masuk 4 tahun hidup berumahtangga ni. Tapi aku cube bagi nasihat yg terbaik untuk dia. Kalo mmg jenis tak bleh berbincang payah la. So, aku ckp dekat Ms Y. N.. ni Cuba tanya org yg rapat dengan dia kat opis dia ade masalah ke? Sbb ade setengah lelaki ni mmg dia tak share pon dgn sesiapa pasal masalah dia. Tapi kalo kawan rapat dia mmg dia tak segan nak bagitau.

Suami ni kekadang dia rase dah boring dgn kehidupan dia cuba balikkan suasana umh tgga macam baru2 kawen dulu. Maksud nyer pergi la bercuti berdua sahaja dan habiskan masa seharian bersama. Anak2 ko hantar la kat umah mak ko.

Mungkin dia terase sbb anak ko dah 2 macam mana dia nak cari duit lebih untuk biaya semua isi umah. Tapi ingatkan dia semuanya datang dari ALLAH. Kalo dia stress pikir pasal duit ckp dgn dia rancang bersama perbelanjaan bersama sbb bagi aku mmg cukup kalo kita pandai 'manage' duit. Guna mana yg kita rase keperluan bukan nyer kemahuan. Opss lupe dia ni mmg suri umah je tapi dia ade jaga anak jiran dia 3 beradik so dpt la bantu sket2 suami dia.



p/s : bila pikir kekadang mmg dalam perkahwinan ni ada 'pasang surut' nyer so, kita kena pandai kemudikan setiap percaturan dalam kehidupan kita untuk menjadikan sesuatu perkara itu baik walau tak sempurna mana. Moga setiap umah tangga mencapai kebahagiaan. Amin

24 November 2011

KAWAN?????? SAHABAT??????? TEMAN????????

Banyak nyer tanda soal. Saje nak bagi fening sket.Aku nak bagi soalan mana satu korang antara di atas? Aku pernah jadi semua seperti di atas sbb tanpa sahabat hidup ni tak bermakna. Aku penah jugak di khianati oleh sahabat dan aku penah dibuang oleh teman. Tapi sorang pegi 10 orang datang nak berkawan.

Ingat lagi masa zaman memula aku kerja kebanyakan tempat aku pernah kerja mesti ade 'KLIK' yang jenis berkawan ke mana pon nak bersama-sama. Aku rase mende ni mmg wujud di mana2. Ade klik yang menghancurkan ade yang membawa kebaikan. I mean klik yg menghancurkan adalah:

salah sorang yang bergaduh dgn org lain mesti semua klik pon nak masam muka. apa kes? tu yang aku tak paham sbb yg bermasalah antara 2 org tu je tapi yg lain saje nak cari 'dose' tak bertegur juga. hukhukhuk. terEMo lak

Klik yang membawa kebaikan ni jarang2 la aku jumpa.
Sbb nak merubah org lain selalu nyer payah kena mental yg kuat dan fizikal yg mantain. Heheheh Sbb biase la mende buruk lagi senang nak pengaruh dari mende baik. Tapi Alhamdulllilah persekitaran aku mmg semua org baik2. Biase la kalo masam2 muke tu. Sbb setiap manusia melakukan kesalahan.

Cuma kekadang kita ni terlupa dulu masa kita tak ade kawan, teman dan sahabat dgn org tu la kita share everthing. Tapi kerana salah faham ko wat muka dan klik yang batu api tu masuk jarom ko sendirik join dan pulau kan org tu. Patut ke tak? Bagi aku kalo aku tak kenal dgn org macam ni lagi bagus sangat. Sbb dia umpama kacang lupakan kulit.

Still the one my best friend until now adalah KAK SU. Nak masukkan gambo nanti dia marah lak. Tapi sejak aku kerja di UPSI ini lah seorg hamba ALLAH yang sanggup ssh dan senang sama aku until now. Aku syukur sgt dpt kenal dgn dia. Moga hubungan kami akan berpanjangan hingga akhir hayat. AMIN.

Untuk KAK SU TQVM.

22 November 2011

AL-Fatihah untuk my FIL



Al-fatihah untuk abah

Masa dalam pantang mak mertua dgn ayah mertua aku dtg jaga kat sini. Adalah dalam 20 hari. Bila diaorg nampak aku dah ok diorg pun nak balik sbb ayah mertua aku dah rindu kat umh nyer. Malam sebelum balik tu dia dah ckp jadi la dia dpt tgk my hubby kawen dan ade anak. Aku bergurau ckp ni baru sorang nanti nak tgk yg kedua dan ketiga dan lain2. Tak pe panjang lagi umur abah.

Rupa nye itulah petanda yang dia nak meninggalkan kami semua. Setelah dia balik ke Malim Nawar dia dah mula sakit2. Tukar ke hospital Kampar dan Ipoh. Rupa nyer ajal nyer di Hospital kampar. tanggal 10.3.2011 jam 6.56 ptg arwah abah menghembuskan nafas yg terakhir. Masa tu dia siap pesan dekat kawan yang sama-sama berjemaah di masjid mintak tlg marhaban kan arissa. terharu sungguh aku sebb 2 kali kenduri arissa diadakan. Sekali masa kenduri sebab uri anak aku bentuk payung. Yang kedua kenduri untuk marhaban dan kenduri arwah abah

Byk kenangan dengan abah yang aku rasai walaupon aku baru jer masuk keluarga itu.

Arissa Mirza

Lama dah tak updated blog. Dah dekat 10 bulan baru nak updated blog ni.



Nama : Arissa Mirza binti Bt. Ahmad Nizar
DOB: 14 Januari 2011
berat semasa lahir : 3.02kg
Jantina : Pompuan

Masa scan aku ingat lagi doc kata baby awk boy. so sibuk la beli barang yang ade color 'blue'. Alih2 yg keluar girl. Ape2 pun aku syukur sgt dengan kurniaan ALLAH ini.