24 November 2011

KAWAN?????? SAHABAT??????? TEMAN????????

Banyak nyer tanda soal. Saje nak bagi fening sket.Aku nak bagi soalan mana satu korang antara di atas? Aku pernah jadi semua seperti di atas sbb tanpa sahabat hidup ni tak bermakna. Aku penah jugak di khianati oleh sahabat dan aku penah dibuang oleh teman. Tapi sorang pegi 10 orang datang nak berkawan.

Ingat lagi masa zaman memula aku kerja kebanyakan tempat aku pernah kerja mesti ade 'KLIK' yang jenis berkawan ke mana pon nak bersama-sama. Aku rase mende ni mmg wujud di mana2. Ade klik yang menghancurkan ade yang membawa kebaikan. I mean klik yg menghancurkan adalah:

salah sorang yang bergaduh dgn org lain mesti semua klik pon nak masam muka. apa kes? tu yang aku tak paham sbb yg bermasalah antara 2 org tu je tapi yg lain saje nak cari 'dose' tak bertegur juga. hukhukhuk. terEMo lak

Klik yang membawa kebaikan ni jarang2 la aku jumpa.
Sbb nak merubah org lain selalu nyer payah kena mental yg kuat dan fizikal yg mantain. Heheheh Sbb biase la mende buruk lagi senang nak pengaruh dari mende baik. Tapi Alhamdulllilah persekitaran aku mmg semua org baik2. Biase la kalo masam2 muke tu. Sbb setiap manusia melakukan kesalahan.

Cuma kekadang kita ni terlupa dulu masa kita tak ade kawan, teman dan sahabat dgn org tu la kita share everthing. Tapi kerana salah faham ko wat muka dan klik yang batu api tu masuk jarom ko sendirik join dan pulau kan org tu. Patut ke tak? Bagi aku kalo aku tak kenal dgn org macam ni lagi bagus sangat. Sbb dia umpama kacang lupakan kulit.

Still the one my best friend until now adalah KAK SU. Nak masukkan gambo nanti dia marah lak. Tapi sejak aku kerja di UPSI ini lah seorg hamba ALLAH yang sanggup ssh dan senang sama aku until now. Aku syukur sgt dpt kenal dgn dia. Moga hubungan kami akan berpanjangan hingga akhir hayat. AMIN.

Untuk KAK SU TQVM.

22 November 2011

AL-Fatihah untuk my FIL



Al-fatihah untuk abah

Masa dalam pantang mak mertua dgn ayah mertua aku dtg jaga kat sini. Adalah dalam 20 hari. Bila diaorg nampak aku dah ok diorg pun nak balik sbb ayah mertua aku dah rindu kat umh nyer. Malam sebelum balik tu dia dah ckp jadi la dia dpt tgk my hubby kawen dan ade anak. Aku bergurau ckp ni baru sorang nanti nak tgk yg kedua dan ketiga dan lain2. Tak pe panjang lagi umur abah.

Rupa nye itulah petanda yang dia nak meninggalkan kami semua. Setelah dia balik ke Malim Nawar dia dah mula sakit2. Tukar ke hospital Kampar dan Ipoh. Rupa nyer ajal nyer di Hospital kampar. tanggal 10.3.2011 jam 6.56 ptg arwah abah menghembuskan nafas yg terakhir. Masa tu dia siap pesan dekat kawan yang sama-sama berjemaah di masjid mintak tlg marhaban kan arissa. terharu sungguh aku sebb 2 kali kenduri arissa diadakan. Sekali masa kenduri sebab uri anak aku bentuk payung. Yang kedua kenduri untuk marhaban dan kenduri arwah abah

Byk kenangan dengan abah yang aku rasai walaupon aku baru jer masuk keluarga itu.

Arissa Mirza

Lama dah tak updated blog. Dah dekat 10 bulan baru nak updated blog ni.



Nama : Arissa Mirza binti Bt. Ahmad Nizar
DOB: 14 Januari 2011
berat semasa lahir : 3.02kg
Jantina : Pompuan

Masa scan aku ingat lagi doc kata baby awk boy. so sibuk la beli barang yang ade color 'blue'. Alih2 yg keluar girl. Ape2 pun aku syukur sgt dengan kurniaan ALLAH ini.

05 November 2010

Kan Dah Kena

Happy deepavali pada pembaca India. Ceh perasan macam la ada. Hehhehehe
Hari ni bangun tido kepala dah ting tong. Tapi aku kena siapkan masukkan data dalam Hrmis. Dah la badan tak sedap. Susah hati lak kalo keje berlambak nanti kalo pikir lagi kuat fening nyer kepala ni.

So aku pon siap la nak pi keje ajak my hubby temankan. Nasib dia kata ok sbb dia pon tarak hal. Sarapan kat gerai biase area Kalumpang. Dalam jam 7.50 masa nak balik tu mmg tak larat sgt hubby kata rehat dulu mana tau bangun tido karang elok sket kepala tu. So balik umah balik. Berkurung dalam bilik rase macam lemas. Makan la paracetamol. Kesian baby sebab mggu aku demam ni boleh dikatakan hari2 aku telan ubat.

Bangun dalam 9.30 ade org ketuk pintu. jeng jeng jeng.

Aku mintak tlg hubby bukakkan pintu. Dia ckp ade org nak jumpa sambil senyum2 kambing (muka nakal).

Korang nak tau sapekan gerangan nyer. Nurse datang cari aku ke umah. Hahahaha Padan muka aku. Patut la hubby aku senyum2. Hampessss. Kena aku pagi ni. Dia kata nasib ade kat umah yek. Datang ni nak confirmkan kediaman sebab kalo org yg ngandung ade masalah 7 bulan ke atas nurse kena dtg umah wat pemeriksaan. Dia ckp aku tak dtg check pewot 1.1.2010 hari tu. Aku kata la ade xtvt kat opis (btol ke????) Bukan aku nak melawan ckp doc atau nurse tapi aku dah jadi jemu nak pi klinik. Dah la lama pastu 2 mggu skali kena pi Klinik Tg. Malim. Sebulan skali Hospital Slim River. Kira nyer macam aku ni dah dikenali la oleh nurse2 sana. Kira nyer kat BSM ni aku la slalu ambik time off kekadang naik segan.

Masa nurse tu men'tarbiah' aku hubby aku senyum jer. Bleh plak aku pelawa dia minum. Tak pe la kak minum dulu nanti saya wat air. Dia kata ade 2 umah lagi dia nak pi. Terharu gak aku dgn akak tu. sbb ambik berat benau. Yang pelik nyer masa aku check BP dia kata ok. 111/70 cantik jer BP awak. Masalah mmg aku mkn ubat tapi fening ade lagi. Masa akak nurse tu nak balik moto dia tak bleh start. Kesian gak. Hubby aku tlg tgkkan.

Pastu terus gerak ke UPSI. Nora dgn abg zali ade OT sama.

04 November 2010

Jadi lah

Lama btol tak meng'update' blog. Bukan ape malas tu lebih byk dari rajin walau pon banyak watu senggang. Ni story pasal aku yang terkini.

Mggu ni usia kandungan aku dah masuk 28 mggu tapi Alhamdullilah semua bertambah baik kesihatan aku. Aku telah di tahan di Hospital Slim River pada 4 Oktober lepas sebab HT hehheheh korang mesti tertanya apa la HT tu. Korang la cari sendiri.

Yang tak best nyer bleh plak tarikh due aku bertukar. Anjak lagi sebulan. Huhuhuhu sedih nyer ingat nak anak tahun baru tapi apehal pon moga aku dan baby selamat. Amin. Kerja still bz pasal Hrmis JPA. Boleh dikatakan hari-hari balik jam 6 ptg. Ujung mggu lak kena keje. Tapi setakat ni aku masih mampu bertahan.

Ni aku nak cari buyer kete kancil aku tak jumpa2 lagi. Pening la. Semua used car nak aku top up lg 4K ke 5K. Mana nak cekau duit nyer. Dengan nak bersalin lagi. Nasib barang baby aku dapat dari K.Ida sebab dia kata nak 'pencen' beranak. So barang anak2 dia dia sedekah kat aku. Tak la byk sgt aku beli barang baby.

23 Julai 2010

Kasi Panas Jer ..........

Sila bertanya dengan sopan dan tahu ape pertanyaan anda sebelum menelepon org lain. Knape ayat aku skema macam ni. Sbb pepagi dah ade org wat aku panas hati
Kringgg kring..kring

Aku : Unit....

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur: Ni sya dr...(bla..bla..bla)sya nak tanya ttng permohonan keluar negara. saya ni tgh Cuti Belajar tapi ade persidangan di UK bulan depan macam mana nak mohon. Ade tak borang dlm web.

Aku : Ye dr boleh d/load borang dalam laman web kami. Berkenaan Permohonan keluar negara tu dr. isi borang tersebut dan di sign oleh Dekan dan.....

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur: Kan sya cakap saya sedang cuti belajar. Kalo macam tu sape nak uruskan yang saya nak pi keluar negara tu. Sapa patut sign. Lagi pon persidangan dia tak lama lagi.

Aku : Macam ni dr. perlu mintak tlg fakulti uruskan sebab peringkat ......

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur: Macam mana saya nak tau permohonan saya diluluskan? Adakah u all hantar ke rumah atau ke fakulti. Saya ni mana ade pegging hole sejak cuti belajar.

Aku : (Dengan nada tinggi skit aku ckp le) : Yang tu kita akan keluarkan surat dan hantar ke fakulti sk. pada Dekan. Masalah sekarang dr. cuma submit borang yg diluluskan oleh dekan sahaja dan ....

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur: Yang awak marah ni kenapa saya cuma nak penjelasan lebih lanjut jer.

Aku: Saya tak marah tapi boleh tak dengar dulu saya terangkan baru soal. Sekarang dr. hanya perlu isi borang tu dan disahkan oleh dekan. Diperakui oleh TNCA atau VC kami uruskan. Surat kelulusan dgn borang akan kami hantar ke fakulti. Tempoh yang perlu dibuat adalah dalam 1 bulan sebelum tarikh persidangan. (Dengan 1 napas aku jawab)

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur : Ooo ye ke baik la terima kasih ye (suara malu-malu).

Aku : Sama-sama

Letak je aku tepon aku rase macam nak menjerit je. Dengan bahasa kurang ajar. Kekadang tu la orang yang belajar tinggi ni kekadang lupe budi bahasa. Yang aku geram ko nak tanya pastu ko nak ckp byk dan marah2 padahal org nak bantu ko.
Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur aku mmg kenal ko sapa dan pernah bekerjasama dgn ko. So, jgn la nak tunjuk lagak. Buat org menyampah je bukan respek pon.

14 Julai 2010

Blurrrrrrrrrrr..........

Lama tak mencorat- coret dlm blog. 1st sukur sgt sejak aku pregnant ni tak ade byk masalah. Tapi rutin biase la pi Klinik Kesihatan Tg. Malim tiap2 2 mggu sekali. Ni rase nyer org ngandung. Bebaru ni aku demam risau gak sbb ade pendarahan sket tapi alhmadullilah tak ade apa yg berlaku. Doc bagi aku MC jumaat lepas.

Semua adik bradik balik. aku smbg dgn K.Ida jer sbb takot yg lain risau lak. Dia pon baru gugur dia ckp hari rabu lepas. Kesian gak. Aku ckp la nape macam tu baby ko tau kot ko tak nak dia. Entah la. Pendek je jawapan nyer.

Mggu ni aku dah dpt tugas mengikut Fail Meja. Maksud nyer hitam putih nyer keje. Byk gak aku kena belajar. Dah la aku ni lmbt pick up. Moga-moga dipermudahkan la. Amin.

Dok sini mmg terase keseronokan bekerja. Semua org saling paham memahami. Tak ade yg busuk hati atau pedengki. Moga perkara macam ni berkekalan. Lagi pon sini tiap2 Jumaat ade tazkirah. Best la dok sini depa pon mmg lawak2 tapi time keje bersama-sama turun dan buat pon tak la merampus-rampus.