05 November 2010

Kan Dah Kena

Happy deepavali pada pembaca India. Ceh perasan macam la ada. Hehhehehe
Hari ni bangun tido kepala dah ting tong. Tapi aku kena siapkan masukkan data dalam Hrmis. Dah la badan tak sedap. Susah hati lak kalo keje berlambak nanti kalo pikir lagi kuat fening nyer kepala ni.

So aku pon siap la nak pi keje ajak my hubby temankan. Nasib dia kata ok sbb dia pon tarak hal. Sarapan kat gerai biase area Kalumpang. Dalam jam 7.50 masa nak balik tu mmg tak larat sgt hubby kata rehat dulu mana tau bangun tido karang elok sket kepala tu. So balik umah balik. Berkurung dalam bilik rase macam lemas. Makan la paracetamol. Kesian baby sebab mggu aku demam ni boleh dikatakan hari2 aku telan ubat.

Bangun dalam 9.30 ade org ketuk pintu. jeng jeng jeng.

Aku mintak tlg hubby bukakkan pintu. Dia ckp ade org nak jumpa sambil senyum2 kambing (muka nakal).

Korang nak tau sapekan gerangan nyer. Nurse datang cari aku ke umah. Hahahaha Padan muka aku. Patut la hubby aku senyum2. Hampessss. Kena aku pagi ni. Dia kata nasib ade kat umah yek. Datang ni nak confirmkan kediaman sebab kalo org yg ngandung ade masalah 7 bulan ke atas nurse kena dtg umah wat pemeriksaan. Dia ckp aku tak dtg check pewot 1.1.2010 hari tu. Aku kata la ade xtvt kat opis (btol ke????) Bukan aku nak melawan ckp doc atau nurse tapi aku dah jadi jemu nak pi klinik. Dah la lama pastu 2 mggu skali kena pi Klinik Tg. Malim. Sebulan skali Hospital Slim River. Kira nyer macam aku ni dah dikenali la oleh nurse2 sana. Kira nyer kat BSM ni aku la slalu ambik time off kekadang naik segan.

Masa nurse tu men'tarbiah' aku hubby aku senyum jer. Bleh plak aku pelawa dia minum. Tak pe la kak minum dulu nanti saya wat air. Dia kata ade 2 umah lagi dia nak pi. Terharu gak aku dgn akak tu. sbb ambik berat benau. Yang pelik nyer masa aku check BP dia kata ok. 111/70 cantik jer BP awak. Masalah mmg aku mkn ubat tapi fening ade lagi. Masa akak nurse tu nak balik moto dia tak bleh start. Kesian gak. Hubby aku tlg tgkkan.

Pastu terus gerak ke UPSI. Nora dgn abg zali ade OT sama.

04 November 2010

Jadi lah

Lama btol tak meng'update' blog. Bukan ape malas tu lebih byk dari rajin walau pon banyak watu senggang. Ni story pasal aku yang terkini.

Mggu ni usia kandungan aku dah masuk 28 mggu tapi Alhamdullilah semua bertambah baik kesihatan aku. Aku telah di tahan di Hospital Slim River pada 4 Oktober lepas sebab HT hehheheh korang mesti tertanya apa la HT tu. Korang la cari sendiri.

Yang tak best nyer bleh plak tarikh due aku bertukar. Anjak lagi sebulan. Huhuhuhu sedih nyer ingat nak anak tahun baru tapi apehal pon moga aku dan baby selamat. Amin. Kerja still bz pasal Hrmis JPA. Boleh dikatakan hari-hari balik jam 6 ptg. Ujung mggu lak kena keje. Tapi setakat ni aku masih mampu bertahan.

Ni aku nak cari buyer kete kancil aku tak jumpa2 lagi. Pening la. Semua used car nak aku top up lg 4K ke 5K. Mana nak cekau duit nyer. Dengan nak bersalin lagi. Nasib barang baby aku dapat dari K.Ida sebab dia kata nak 'pencen' beranak. So barang anak2 dia dia sedekah kat aku. Tak la byk sgt aku beli barang baby.

23 Julai 2010

Kasi Panas Jer ..........

Sila bertanya dengan sopan dan tahu ape pertanyaan anda sebelum menelepon org lain. Knape ayat aku skema macam ni. Sbb pepagi dah ade org wat aku panas hati
Kringgg kring..kring

Aku : Unit....

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur: Ni sya dr...(bla..bla..bla)sya nak tanya ttng permohonan keluar negara. saya ni tgh Cuti Belajar tapi ade persidangan di UK bulan depan macam mana nak mohon. Ade tak borang dlm web.

Aku : Ye dr boleh d/load borang dalam laman web kami. Berkenaan Permohonan keluar negara tu dr. isi borang tersebut dan di sign oleh Dekan dan.....

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur: Kan sya cakap saya sedang cuti belajar. Kalo macam tu sape nak uruskan yang saya nak pi keluar negara tu. Sapa patut sign. Lagi pon persidangan dia tak lama lagi.

Aku : Macam ni dr. perlu mintak tlg fakulti uruskan sebab peringkat ......

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur: Macam mana saya nak tau permohonan saya diluluskan? Adakah u all hantar ke rumah atau ke fakulti. Saya ni mana ade pegging hole sejak cuti belajar.

Aku : (Dengan nada tinggi skit aku ckp le) : Yang tu kita akan keluarkan surat dan hantar ke fakulti sk. pada Dekan. Masalah sekarang dr. cuma submit borang yg diluluskan oleh dekan sahaja dan ....

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur: Yang awak marah ni kenapa saya cuma nak penjelasan lebih lanjut jer.

Aku: Saya tak marah tapi boleh tak dengar dulu saya terangkan baru soal. Sekarang dr. hanya perlu isi borang tu dan disahkan oleh dekan. Diperakui oleh TNCA atau VC kami uruskan. Surat kelulusan dgn borang akan kami hantar ke fakulti. Tempoh yang perlu dibuat adalah dalam 1 bulan sebelum tarikh persidangan. (Dengan 1 napas aku jawab)

Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur : Ooo ye ke baik la terima kasih ye (suara malu-malu).

Aku : Sama-sama

Letak je aku tepon aku rase macam nak menjerit je. Dengan bahasa kurang ajar. Kekadang tu la orang yang belajar tinggi ni kekadang lupe budi bahasa. Yang aku geram ko nak tanya pastu ko nak ckp byk dan marah2 padahal org nak bantu ko.
Dr. Bongkak AKA Belagak AKA Blur aku mmg kenal ko sapa dan pernah bekerjasama dgn ko. So, jgn la nak tunjuk lagak. Buat org menyampah je bukan respek pon.

14 Julai 2010

Blurrrrrrrrrrr..........

Lama tak mencorat- coret dlm blog. 1st sukur sgt sejak aku pregnant ni tak ade byk masalah. Tapi rutin biase la pi Klinik Kesihatan Tg. Malim tiap2 2 mggu sekali. Ni rase nyer org ngandung. Bebaru ni aku demam risau gak sbb ade pendarahan sket tapi alhmadullilah tak ade apa yg berlaku. Doc bagi aku MC jumaat lepas.

Semua adik bradik balik. aku smbg dgn K.Ida jer sbb takot yg lain risau lak. Dia pon baru gugur dia ckp hari rabu lepas. Kesian gak. Aku ckp la nape macam tu baby ko tau kot ko tak nak dia. Entah la. Pendek je jawapan nyer.

Mggu ni aku dah dpt tugas mengikut Fail Meja. Maksud nyer hitam putih nyer keje. Byk gak aku kena belajar. Dah la aku ni lmbt pick up. Moga-moga dipermudahkan la. Amin.

Dok sini mmg terase keseronokan bekerja. Semua org saling paham memahami. Tak ade yg busuk hati atau pedengki. Moga perkara macam ni berkekalan. Lagi pon sini tiap2 Jumaat ade tazkirah. Best la dok sini depa pon mmg lawak2 tapi time keje bersama-sama turun dan buat pon tak la merampus-rampus.

27 Mei 2010

Alhamdullilah Syukur ke Hadrat MU ALLAH

Lama benar tak update blog. Bukan ape malas, mual dan sibuk. Hehehehe. Bulan Mei ni dapat 2 berita gembira. Alhamdullilah syukur sgt.

Memula pasal aku akan ditukarkan ke Ptj lain. Aku dapat tukar ke BSM. Yang tak best nyer mulot-mulot longkang yang berkata-kata. Knape nak wat spekulasi? Ko tau crite sebenar nyer ke? Sampai kekadang aku rase org lain lagi kenal aku dari diri sendiri dan family aku. Tapi yang tak sedap ade la org yang ckp aku bermasalah sbb tu ditukarkan. HELLO untuk pengetahuan ko aku mmg mintak tukar. Lantak la mulot2 longkang tu. Kalo tak kluar dari mulot yang mmg tak suka aku berada disini tak kan la semua cerita ni timbul. Masa ketua Ptj tak approvekan pon ade bermacam versi aku dengar. Pelikkan.???????????? Macam-macam la. Tapi malas nak ambik pusing mende-mende macam ni. Ade gak yang ckp ko pegi BSM senang la naik pangkat. Ye ke???????? Tapi mmg aku gembira sgt sbb dapat pindah walau pon memula aku mintak Ptj lain. Sbb dah lama aku dok sini smpi dpt "hypertension". Hua hua hua. Harap tempat baru ni memberi makna dalam kerja aku.

Perkara kedua aku akan dapat org baru dalam family. Aku disahkan hamil 6 minggu. Memula aku check pasal mende lain tapi pelik sgt sbb................. Bila ingat Kak Ida ckp semua tu kuasa ALLAH. Syukur sgt. Alhamdullilah syukur, moga tak berulang kembali kejadian dulu. Moga kandungan ini akan bersama aku sehingga dilahirkan dengan sempurna.Doakan aku lebih sihat dan kawan-kawan aku cepat-cepat dapat timang anak. Amin.

09 Mac 2010

Kenapa????????

kalo cakap karang salah.
tapi kenapa nak kena bagitau.
sbb ko dah buat salah
nak mintak maaf tapi ko malu.
takkan aku nak mulakan dulu.
org kata nanti ego tapi aku dgn besar hati dan diri
pi minta maaf.
bila aku wat macam tu knape lak ko bleh kata aku takut.
buat ape aku takut ko bukan nye tuhan.
ko sama macam aku manusia biasa.

04 Mac 2010

Akikah Anak-anak Angah

28 Februari 2010

Dari Kampar kami bertolak ke Bidor Angah wat kenduri umah dia. Semua ade cuma uda dan kak ida jer. Adik bradik lain berkumpul hari Sabtu lagi. Kakak kak tie kat Pahang tu pon dtg dgn anak dia yang baru kawen bulan 11 tahun lepas. Ramai org datang. Nasib Baik Katering. Mak mertua aku pon dtg dgn Abg Min.

Byk jugak la jumpa mak-mak sedara. Sepupu dari Bikam dgn Ipoh pon datang juga.







Cuti-cuti ke Marina Cove

Korang tgk tajuk jgn ckp aku bebal macam mana nak eja. Betol Marina COVE bukan curve sbb ramai dalam FB ckp aku eje salah.
26 Februari lepas kami 3 keluarga bertolak ke Lumut. Abg Long punye program pi ni. Mmg Best tak terkata syok nyer. Antara gambo2 nyer.





Yang hampeh nyer dah la kat swimming pool hotel tak leh nak mandi sbb syarat bodo depa t-shirt putih dan sluar legging. Menggong btol. So kena la pi kluarkan wang masuk ke Marina Waterpark. Sorang RM7 hinggit sbb kami menetap situ. Sempat la kami singgah Teluk Rubiah ade plak aku jumpa pelajar UPSI dgn Staf ICT. Mana2 ade jer org yang aku kenal.Hehheheh.
Malam tu makan ikan bakar kat tepi hotel jer.





03 Mac 2010

Hadiah yang aku dapat


SORY LAMBAT AKU NAK UPLOAD GAMBO NI

22 Februari 2010

My New Nephew

Sabtu lepas aku dapat anak sedara lelaki yang ke 31 org. Comey sgt. Kak Ida bersalin jam 11 pagi. Baby seberat 2.5kg. Nama tak ade lagi. Kak Ida ingat anak pompuan so nama yg dah ready nama baby pompuan
Aku pon ajak la Tasliah anak along temankan aku pi ke umah Kak Ida. Bukan apa takut mengantuk. Pagi tu aku smpt sarapan Mihun sup.Aku call Kak Ida sbb rase macam tak sedap hati. Rupe nyer abg Zahir pon masuk Spital sbb denggi. Aku bertolak dari TM jam 4.00 ptg. Ambik Tasliah kat Batang Kali jam 4.30 ptg terus gerak ke Spital Kajang. Umang aiiii rami lak yang bersalin masa tu. Penuh wad tu tapi kebanyakan nyer baby boy. Mak abg zahir pon ade temankan anak-anak kak ida.


HARI PERTAMA.


COMEL SANGAT


ALHAMDULLILAH

Ahad aku nak balik dah sbb semua damily abg Zahir datang. Tengahari tu kak ida dah boleh kluar. Ikutkan Abg zahir pon kluar tapi ptg plak doc maklumkan. Petuanya kalo org kena Denggi kena bagi Sup Ketam. Insyaallah cepat je baik nyer. Bertolak balik jam 3.00 ptg. Hubby keje mggu ni so dia tak balik. Rindu ooo sama dia.

17 Februari 2010

HAPPY B'DAY

Ramai yang sms wish b'day. Member opis Sarah, My bestfriend Kak Sue dan Cik Su, adik bradik dan ipar duai. Alhamdullilah. Hubby bagi aku hadiah jam dgn photo frame utk diletakkan di opis. Kak Uda bagi buku tajuk lupa la plak. Nanti aku snap gambo hadiah-hadiah yang aku dpt. Balik ke umah Alang sbb depa berkumpul sana. Wat ayam panggang. Sakit kepala makin teruk aku pon tak buat ape so, aku tido kat bilik belakang. Alang pun sama demam urat. Penyebab nyer dia mesin rumput.

Untuk B'day ni aku harap;
1. Bertambah la kebaikan dan amalan aku buat.
2. Tak nak marah-marah lagi.
3. Dapat Baby tahun ni (hehehehe ade masa ni).
4. Adik bradik aku sihat walafiat dan moga bertambah rezeki kami sekeluarga.
5. Hubby cepat-cepat dapat pindah sini.

So, moga segala impian dan doa aku ini dimakbulkan ALLAH S.W.T. Amin

AHAD (14 FEBRUARI 2010)

Pi berkelah kat Sg. Tekala. Kak Ida kluar pagi tu ke pasar pagi. Dia kata memula nak join tapi bila balik dari pasar kata dah tak larat menggah. So 2 kete je pi Uda dgn aku sekeluarga. Anak Kak Ida, Akma dan Syamil pon ikut.






Balik dari sn Kak Ida dah siap masak tengahari. Dia wat Gulai Lomak Ikan Talapia Merah, Kerabu Perut, Ayam Goreng dan Ikan Masin sambal belacan tak dilupakan. Yummy sodap sgt. Tapi gambo aku tak snap la plak. Uda ajak singgah ke JJ, Balakong. Ada la plak tarian singa sempena tahun baru cina. Afiq nangis ajak balik dia takut. Tak beli ape pon cari talam. Abg belikan Mug Couple. Cantik tak?






Balik ke Tg. Malim aku singgah ke Bandar Tasik Puteri umah Uda sbb nak ambik Lesung Batu, Coffe Maker dan Toaster (Hadiah kawen aku). Malam tu Uda cadang nak tido umah aku tapi memandangkan lambat aku sampai sbb pi NSK beli lauk dia balik kampong dia ajak tido sana. Rasa malas la plak sbb nak basuh kain yang bertimbun dan kemas umah. So janji dgn Ude esok baru aku balik.

Thanks Kak Uda



NI SEMUA YANG AKU DAPAT DARI KAK UDA.

1. WITCH YOO HEE
2. WHO ARE YOU
3. FANTASY COUPLE AKA COUPLES OR TROUBLE
4. 18 VS 29
5. PRICESS HOURS
6. AUTUMN TALE
7. 1 PERCENT OF EVERYTHING
8. ROBBERS
9. MY SISTER IN LAW IS 19
10. HELLO! MISS
11. COFFEE PRINCE
12. CRAZY FOR YOU
13. THE WEDDING
14. A LOVE TO KILL
15. 3 DADS 1 MOM
16. HELLO MY TEACHER
17. MISS KIM'S MILLION DOLLAR QUEST
18. DELIGHFUL GIRLS CHOON HYANG
19. GET KARL! OH SOO JUNG
20. HOTELIAR
21. GREAT INHERITANCE (KINDERGARTEN LOVE)

CUTI-CUTI KHONG HEY PAK CHOYYYYYY

13 Februari 2010

Uda dgn aku plan nak pi umah kak ida. Yahooo best nyer lama tak pi ber'tendang' kat umah dia. Tapi kami pi asing2 sbb uda lambat sgt. Nak pi orang kawen la nak pi hantar ikan masin la. Uda kan? hua hua hua. Tapi yang best masa aku dgn hubby on the way jalan 'clean and clear' korang tgk la ni!



tapi kesian orang yang jalan bertentangan. Mesti lambat nak sampai kg.




Anyway pujuk hubby nak pi ke SOGO nak mengabiskan duit. Beli hadiah sendiri untuk b'day yang akan datang. Tapi hubby blanje kasut HAWKEYE. Ta................. daaaaa

Beg itu aku dah berkenan sgt so aku beli la. Beli baju raya. tak bleh nak letak gambo nyer takut nanti tak suprise la raya tahun ni. Hehehehhe. Aku smpi umah Kak Ida awal dlm jam 12.45 t/hari. Rehat-rehat patang tu baru cari barang nak masak Tom Yam. Abang Latip teringin. Kak Ida dah belikan Sotong, Udang dan ayam. Sayur2 pon nasib dia dah belikan aku cuma tambahkan jer barang yang kurang sket2.Mmg nampak Abg Latip makan dengan bersungguh. Badan dia pon dah naik 4 kilo.
Malam tu mmg meriah la. Aku dan hubby bagi hadiah b'day kat Afiq dgn Farhana. Mmg happy jmpa dgn Kak Ida dan Uda. Cuma kesian kat Kak Ida sbb dia nyer keputusan nak operate atau tak dalam minggu depan. Sarat benau aku tgk. Hope semua selamat dan berjalan lancar. Amin.

10 Februari 2010

Jalan-jalan cari Buku

6 Februari 2010


Mmg dah plan dgn Hubby dan Kak Su nak jln ke KL. Sbb kena hantar hubby ke Shah Alam. Dia nak tinggalkan kete kat umah.
Lama dah tak pi cuti ke KL beli barang kat SOGO.
Lama benau tak men”yopping”
Yang paling penting sekali cari Buku UNDANG-UNDANG UMUM. Ni semua pasal nak wat kemajuan pada diri …… hahahhah poyo la. Tahun ni nak ambik lagi exam KPSL. Tahun lepas kantoi untuk semua paper. Huhuhu ye la masih mood ‘honeymoon’ lagi salah time nak mohon tu.
Pagi tu aku masak nasi lemak sambal udang. Penuh perut baru kami bertolak. My Bestfriend Kak Su pon join sekali. Aku drive kete hehehehhe sbb hubby kata kalo Jln KL dia yakin lagi aku yg bawak. So dengan kondifent nyer aku pon memjadi driver untuk depa berdua.

Hahahahha…………. Rupa nya aku bleh salah masuk masa jln dah kluar dari to Jln Duta. So aku bleh sesat masa nak masuk ke Jln TAR sbb aku tgk byk kete berpusu-pusu ke situ. Malas aku nak join kesesakan itu. Hahhahah rupe nyer itu la jalan nyer.
Dalam jam 11.30 pagi aku pon sampai Jln TAR. Memula mesti ‘cuci mata’ dulu. Kitaorang pi la cari baju raya dulu. Konon nyer la. Tapi tak ade yang menarik. Cuma beli kerongsang je.
Jeng………Jeng……….. Jeng…………..

Hubby bagi duit aku kena jimat sangat bulan ni. Adik bradik hubby nak datang raya cine ni. So budget beli barang dapur je yang banyak. Dalam budget2 ni terlepas gak beli novel. Hehheheh Thanks abg. Huhuhuhu mmg aku dah bace novel ‘Demi Kasih’ tapi mmg aku nak jadikan koleksi aku sbb crite dimmg ‘mengancam’ .

Lepas tu perut dah lapar dalam hujan lebat kami pergi tumpang umah Abg Munir Solat dan Mandi terus hantar hubby. Kak su tepon akak dia sbb nak tumpang tido sana. Lepas hantar hubby kami bertolak ke umah kakak kak su kat Damansara Damai.

Masa nak pi sini pon sesat. Kak su tak ingat jalan. Heheheheheh kak su dah sampai masa kena ade ‘pemandu’ @ orang jaga.

Nasib baik akak dia ade kat Carefour Damansara so jmpa kat sana jer. Balik tu konvoi la ke Damansara Damai. Rupenye senang lagi kalo kluar ikot tol Sg. Buloh. Dekat jer. Apartment yang kakak kak su tinggal ni rupe nyer ramai artis yg dok. So aku pon rambang mata ‘usha’ kalo terserempak dgn Fahrin Ahmad sbb kak long kata dia tinggal kat situ. Heheheheh bukan ape nak speku pasal Kes saman menyaman tu.






Malam tu ingat nak pi JJ Kepong tapi sbbkan jem kitaorg pi makan kat Mc’D Damansara Damai jer. Mmg ramai org depa sibuk tgk bola. Ni ade la sikit gambo kami kat sana. Paling best bila chasier salah ambik order. Dah 2 kali dah kena order Double Prosperity Burger. Yang sampai selapis je daging nyer. Hari tu masa hubby balik Tg. Malim ade pesan suruh beli kat ‘drive thru’ yang sampai kat umah selapis gak. Mana tak hangin bayar untuk harga double. So aku pon dengan tak puas hati nyer pi la komplen kat kaunter. Dia ckp nanti dia tambahkan. Penyelia masa tu Pn. Jamilah dia kata tak pe kesilapan depa so dia tanggung.
Last-last kedua-dua kami dah ‘Se’eh’ (kenyang) makan. Kak su nyer ayat tak bleh tahan “ Orang kata org tamak selalu rugi tapi kita untung sbb ade org bayarkan lebihnyer.” Kitaorg punye gelak sampai abg ‘gagak’ kat sebelah jelling-jeling. Hahahahahh.
POYO LA
K.su control Cun
Hidangan dah sampai


6 Februari 2010

Rase malas nyer nak balik. Pepagi hubby dah call dia kata RINDU malam tadi tak bleh nak tidur. Ye lah dah 10 hari asyik berkepit bila jauh mula la. Dia yang hantar dan ambik aku masa keje. Best jugak tapi tak bleh nak bermanja macam tu selalu. Nanti nak keja macam mana. Harap hubby dapat la keje sini secepat mungkin. Amin.
Lepas subuh aku membuta balik tido dalam masa 1 jam. Jam 10.30 pagi baru bertolak singgah kat Rawang saje nak cari tikar buluh macam kat umah aku. Kak su berkenan. Malang nyer org yg jual tu tak bukak lak hari ni.
Jalan-jalan kat NSK beli lauk untuk minggu depan hubby nak balik senang. Aku ni jenis kalo tak de hubby mals benau nak pi ke pasar tu. Kak su merengek dari semalam sibuk nak cari DVD Korean Drama. Aku pon bawak la dia ke Giant Rawang. Dalam tu ade kedai Spedy so dia pon pilih la crite ape dia nak dan inilah crite yang kak su beli
COUPLE OR TROUBLE


&
BEAUTIFUL DAYS

27 Januari 2010

MC

Dah 3 hari demam. Start hari ahad demam. Ingat isnin dah ok bila minum Cool Rhino tapi makin teruk. So aku pi Klinik Kesihatan Tg. Malim. Dia ckp demam biase jer. Dah la kena tggu lama. Aku dgn hubby pi dari jam 8.00 pg. Jam 10.00 baru settle. Nasib dia ade drive kalo dak tak tau la. Dapat MC sehari. Dia ambik EL

Selasa tu aku gagahkan jugak pi keje. Sampai sini aku dah rase lain macam. Badan mmg tak larat sangat. Masuk opis kesian kak lya sorang-sorang. Rien ada bengkel anjuran Jab. Kimia. Anna pon pi klinik kalumpang. Dia masuk lewat. Tapi sbb tak tahan dah aku pon pi la Klinik kesihatan UPSI. Dpt rawatan Doc baru. Jmpa lak Pendaftar dia batuk dah lama so dia nak cuba dapatkan rawatan di klinik UPSI. Doc suruh aku datang semula mggu depan. Hari ni dapat MC lagi.

Bosan nyer la dok umah. Cuma nak nyatakan MC bukan boleh dibuat-buat. Apatah lagi kalo MC dari klinik kesihatan. Tu yang kekadang tak paham sesetengah pihak..... Boleh pertikaikan. Kalo diberi pilihan aku nak sentiasa SIHAT

Moga aku cepat sihat

19 Januari 2010

Hari Keluarga FST







Tarikh : 17 Januari 2010
Tempat : Kalumpang Resort
Masa : 9.00 pagi - 4.00 ptg

Sbbkan hubby keje malam kami pegi la lewat dalam jam 10.00 pagi. Aku buat sandwich. Masa sampai semua dah ada yang tak dapat join Cik Zu, Nazri, Lan dan Nani. So byk makanan lebih.

Mmg best walaupon penat tak abis balik dari umah cik shikin. Masa balik tu pon kepala dah pening2. Sbb makan BBQ byk sgt Udang, Sotong, Ayam, Sosej.